Ahad, Januari 15

JODOH

Assalamualaikum.

kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :D



harini kita cakap pasal jodoh nak? wuu. semua org mesti ckp aku ni tetibe plak jiwang kenape? -,-' acctually it's not about jiwang tapi just nak berkongsi information. sy tertarik dgn artikel dlm iluvislam. terbaca dan tergerak hati nak buka laman web iluvislam. tak tahu kenapa. then terjumpa lah artikel mengenai jodoh ni. semua org yg ade title in a relationship pasti tertanya-tanya weather boyfie or girlfie dy tuh betul ke jodohnya? only Allah knows who are the right person to us ( ayat plg selamat ) hihi. jodoh adalah perkara yg sudah ditetapkan oleh Allah tetapi bagaimana kita mengetahui dia mmg ditakdirkan untuk kita? (just wondering) susah kan? Allah mengurniakan manusia telinga utk mendengar, mata utk melihat dan akal utk berfikir. Jadi gunakan lah sebaik-baiknya okay? just kt bwh ni nk share ngn korang sikit lah apa yg aku baca dkt iluvislam. -no offense- 

Ni lah antara sign-sign utk mengetahui she/he is the right person or berjodoh dgn kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

-sharing is caring-
see u peeps later !
BYEEEEE !

Ahad, Januari 1

EXAM MODE

Assalamualaikum Peeps!


Dah lameee gile tak update blog. tengok lah dah berhabukhabuk. haishh! cakap pasal exam je semua nak seram sejuk je kan? wuuu. scared! i will be facing 4 paper for this final. 4 paper pun macam 14 paper je sebab gap nye lame GILEE. =.=' sape yang arrange jadual pun tak tahu lah. haih! jeles kann ngn kitorg sebab takot kitorg balik awal nanti. laa, 4 paper je kot. come on la. *tetibe okay, tarik nafas kejap. fuhhfuhhhhh* sebenarnya semua org akan risau bile mood study diorg tak muncul-muncul. same goes to me. so nak taknak kena lah forcing ourselves. studyLAHHHH ! -________- 


never say never okay ! *justin beiber


HAPPY NEW YEAR GUYS!

*Do cherish the best moments of 2011. Have a blast new year of 2012 and let us create more wonderful moments together. 
Love you guys stronger!

buhbyebuhbye :)

Rabu, April 20

FIRST ENTRY :)

Assalamualaikum.

Okay, okay amik nafas kejap. Fuh fuh. Penat oh duk edit edit belog nie. Akhirnya muncullah..taraaaa ! ce tengok ce tengok ape yg ade dalam belog nie. Takde pape kan. T.T Actually caye kena bnyk belajar lagi. Maapkan caye bnyk kekurangan for the first entry. Caye akan belajar banyak lagi yee ceguu. :P

Oteote, first entry nie mehh kite kenal dulu ea. Moh sesame kite kenal. Korang mesti tertany-tanya nape baru buat belog? Ketinggalan betollah awk ni fina! Haih, terok terok. *sambil geleng kepala. =.= nak tahu sebab ape tak? Sebabnyee, first sy pk tak beshh a buat belog. Tuu nak kena update nie nak kena update. Buhsan tol! Cehh, mase sy emas tau bukan perak bukan gangsa. So, sebabnye takde mase nak melayan belogbelog nie sy buat keputusan… kau takyah buat la fina, bukan ade mase nak update pun. T.T

So harini bersamaan 20 April 2011, tetibe plak ghase tangan nie gataii nak menulis. Hee. Otee, name caye seperti yg tertera kt atas tuu NUR SYARAFINA anak incik FAUZI. Can col me Fina or Fyna or Feena. Anythin yg rase sebutanyee mcm Fina accepted okay? =.= umur… eh, umur is secret maa. Tak boleh tahu. *buat muke siyes. Born in 1988. Haa, kire lah patt. Take BA Hons in Counseling at USIM. Now in year two. Counseling beshh! Banyak benda yg sy belajar disebabkan kos ni punyee pasal. Kalau nak tahu ape yg sy study bout counseling ni, pakatpakat lah apply kos nie yee adikadik. Hee. Promoter plak kau eh fina. =.=

Disebabkan nie first entry, so taknak cakap banyak sangat. Cukuppp la setakat nie dulu. STOP! Orang belakang duk cakap ape yg kau duk bebel tuu fina? Udah udah laa tuu. Solatt dulu yee. Camat menunaikan solat isyak cemua! Nanti kite kenal lagi in next post okay? ^^




my lovely mira. <3
pyepye ! :)
Daisypath Anniversary tickers